Sunday 14 February 2016

Pengalaman cat lover in kuching sarawak.


Muzium Kucing adalah dibawah pengurusan pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara. Kesemua koleksi yang terdapat di Muzium Kucing telah diperolehi sejak ia berada di Muzium Negara, Kuala Lumpur dalam tahun 1987. Koleksi tersebut telah dibawakan ke Bandaraya Kuching di bawah penjagaan pihak Muzium Sarawak dan ia telah dipamer buat pertama kalinya pada 1 Ogos 1988 di Dewan Tun Abdul Razak.
Kerja-kerja berkaitan koleksi kucing ini terus dijalankan sehingga ia diserahkan dengan rasminya kepada pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara untuk ditempatkan di Muzium Kucing pada tahun 1993. Ide untuk menubuhkan sebuah Muzium Kucing telah tercapai ataas sumbangan dan usaha YAB Pehin Sri Haji Abdul Tain Mahmud, Ketua Menteri Sarawak serta isteri beliau Datuk Amar Puan Sri Dr. Hajjan Laila Taib.
LOKASI
Muzium Kucing terletak di Aras Bawah, Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, Kuching. Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara terletak di puncak Bukit Siol dengan ketinggian 60 meter di atas paras laut, yang mempunyai pemandangan yang cantik menghadap Bandar Raya Kuching yang indah.
Keluasan kawasan Muzium Kucing merangkumi 1,035.0 meter per segi yang mempunyai sebanyak empat galeri utama dan mempunyai lebih daripada 4,000 artifak kucing termasuk lukisan, memorabilia dan lain-lain.
MASA LAWATAN
Isnin - Ahad : 9.00am - 5.00pm (Kecuali Cuti Umum)
ATAS |
KOLEKSI KUCING YANG MENAKJUBKAN
GALERI A
  • Santubong (Ibu Negeri Sarawak Yang Pertama)
  • Bagaimana Bandar Raya Kuching Mendapatkan Nama?
  • Kuching Dahulu
  • Rajah-Rajah Putih Negeri Sarawak
  • Gabenor-Gabenor Semasa Pemerintahan Koloni di Sarawak
  • Pejuang-Pejuang Sarawak
  • Presiden-Presiden Majlis Perbandaran Kuching
  • Datuk Bandar Kuching Utara dan Selatan
  • Bandar Raya Kuching Sekarang
  • Galeri Orang Kenamaan
  • Pengenalan Mengenai Kucing
  • Kucing Dalam Masyarakat Melayu
  • Kucing Dalam Masyarakat Cina
  • Cerita Dongeng Kaum Iban
  • Maneki-Neko (Kucing Mengundang)
  • Kucing Dalam Masyarakat Jepun
  • Koleksi Satora Tsuda
GALERI B
  • Kucing Membongkok
  • Kucing Bergaduh
  • Kucing Pada Zaman Mesir Purba
  • Tempat Kucing Berjalan
  • Kucing Tidur
  • Kucing Bermain
  • Thomas Stearns Elliot
  • Ikan Sembilang
  • Koleksi Lukisan Kucing Nakahama Minoru
  • Kucing Dalam Kesenian Timur
  • Kucing Dalam Kesenian Moden Barat
  • Kucing Dalam Setem
  • Koleksi Jane Yap Jian Yi
GALERI C
  • Lima Peringkat Usia Kucing
  • Perkuburan Kucing
  • Mengangkat dan Memegang Kucing
  • Misai Kucing
  • Mata Kucing
  • Kucing Dalam Kad
  • Kucing Dalam Poster
  • Berbagai Jenis Baka Kucing
  • Galeri Kucing Hutan Borneo
  • Gua Kucing
  • Kucing Hutan Norway
  • Kucing Bengal
  • Kucing Dalam Muzik
  • Kucing Dalam Pengiklanan
  • Kucing Dalam Zaman Pertengahan
  • Kucing Tidak Bertuan
GALERI D
  • Koleksi Barangan Garfield
  • Koleksi Buku-Buku Kucing
  • Sudut Kanak-Kanak
  • Kucing Sebagai Teman
  • Koleksi Barangan Hello Kitty
  • Galeri Kucing Sarawak
  • Pameran Kucing Kontemporari
  • Cenderamata Daripada Pencinta-Pencinta Kucing

No comments:

Post a Comment