Tuesday 11 October 2016

Bahasa melayu sarawak seakan akan melayu banjar Indonesia.


Orang Melayu di Sarawak agak berbeza dari melayu di negeri yang lain terutamanya dari segi bahasa. Ada mengatakan bahawa bahasa melayu sarawak seakan-akan bahasa banjar indonesia. Dipercayai sejarah dan asal usul melayu di sarawak terpecah kepada tiga iaitu:
Dan aku nie memang melayu sarawak yang sedang aktif menyediakan perkhidmatan homestay & transport di sekitar kuching sarawak.
1) berasal dari Sumatera dan Tanah Melayu.
Suku kaum Melayu di Sarawak yang menetap di kawasan persisiran pantai. Mereka dipercayai berasal dari Sumatera dan Tanah Melayu. Mereka mula datang ke Sarawak sejak kurun ke-15 Masihi lagi. Penempatan awal mereka adalah di Lidah Tanah iaitu kawasan di sekitar Sungai Sarawak (bahagian Kuching).
Pada masa itu, suku kaum ini diketuai oleh seorang putera raja bernama Datuk Merpati Jepang. Orang Melayu beragama Islam dan menjalankan aktiviti ekonomi menangkap ikan di laut, bertani dan berniaga. Setelah mereka dijajah oleh Kesultanan Brunei pada kurun ke-16, keturunan Datuk Merpati Jepang terus dilantik sebagai pentadbir di sana dengan memakai gelaran Datuk. Akhirnya lahirlah jawatan-jawatan pentadbir seperti Datuk Patinggi (sebagai ketua menteri), Datuk Temenggung (menjaga keamanan dan keselamatan) dan Datuk Bandar (mengendalikan hal-hal perdagangan).
Selain itu juga, orang berbangsa Abang berasal juga dipercayai dari keturunan Datuk Merpati Jepang dari Sumatera .
2) berasal dari keturunan Melayu Brunei (Kesultanan Brunei).
Menurut satu sumber yg lain, orang Melayu yang mendiami kawasan-kawasan yang berdekatan dengan Brunei seperti di Bahagian Miri adalah berasal dari keturunan Melayu Brunei. Keturunan ini memakai gelaran Awang (bagi lelaki) dan Dayang (bagi perempuan) yang juga berfungsi sebagai nama keluarga. Mereka mula masuk ke Sarawak setelah Sarawak dijajah oleh Kesultanan Brunei.
Golongan Dayang di Sarawak dan Brunei adalah setaraf dgn golongan Lady di England . Golongam Dayang juga pernah wujud di Pulau Luzon, Filipina suatu ketika dahulu sebelum ketibaan penjajah Sepanyol di Filipina. Kisah mengenai Dayang Angkatan ada dicatatkan dalam Batu Bersurat Laguna (Laguna Copperplate Inscription) yg dijumpai di Manila.
3) berasal dari keturunan orang-orang Dayak yang memeluk Islam dan telah mengadaptasikan adat, kebudayaan dan cara hidup orang Melayu serta bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.
Golongan ini merujuk kepada orang-orang Melayu yang menetap di bahagian lain di Sarawak. Nenek-moyang kepada golongan ini boleh dikatakan orang Dayak yang terasimilasi menjadi kaum Melayu secara rela setelah memeluk Islam.
Kewujudan golongan ini juga telah menyebabkan terciptanya bahasa Melayu loghat Sarawak. Bahasa Melayu loghat Sarawak agak sukar untuk difahami oleh penutur-penutur loghat Melayu yang lain kerana loghat tersebut banyak menyerap perkataan dan istilah dari bahasa Dayak khususnya Iban.

Homestay haziiq & Transport
Kamarul.Ramli = 010-226 9169